Selasa, 23 Juli 2013

Sejarah Sahabat Abu Bakar Ash Shiddiq ra. (3)


Wafatnya Rasulullah

Pada suatu ketika di saatRasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseoranghamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersediadi sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkanmemilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika meƱdengar khutbah Nabidemikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, karena sedihdan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isikhutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampirberakhir. 
Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan parasahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampirdekat.






























https://www.facebook.com/storiesofhikmah
    
Sikap & Tindakannya ketika Rasul wafat
Keunggulan beliau dapat dilihatdengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islamhampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkansahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauanfikiran dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahajayang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujar Umar r.a., "Rasulullahtidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah saja seperti perginya Nabi Musayang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudianpulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.

Ketika kegawatan itu berlakuSaiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala beritakewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju keMadinah. Di sanabeliau dapati ramai orang sedang berkumpul mendengarkan pidato Saiyidina UmarAl Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumahputerinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati tubuh Rasulullah S.A.W.terbujur di satu sudut rumah. 
Beliau lantas membuka wajah Rasulullah danmengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketikahidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluarmendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nadayang keras:

Motivator handal
"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barang siapayang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Serayamenyambung membacakan sepotong ayat dari Al Qur'an:
"Muhammad itu tidak lebih dariseorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia matiatau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Barangsiapa yang surut kebelakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allahakan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.

Sejurus sajamendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulahbeliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapatkepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernahdengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud,ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkanbanyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklahmemahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. 
Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahamiIslam.

Terpilih
KetikaRasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapayang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelahlama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiydina Abu BakarAl-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh Saiyidina UmarIbnul Khattab R.A. 
Pemilihan ini tentulah tepat sekali kerana pada pandangankaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itumemandangkan kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apa lagibeliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untukmenggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.
Setelahdipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiqpun memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya baginda berkata:

Pidato Seorang Pemimpin Sejati
"Wahaisekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku inibukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik,maka dukunglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkanhaknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hinggaaku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikankepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah danRasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekalian tak haruslagi patuh kepadaku.
Aku dipilihuntuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku inginbenar kalau ada di antaramu orang yang cakap untuk urusan ini. Ketahuilah jikakamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan olehRasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalahseorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu bagindaterpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasayang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.

Pembaru dalam Pemerintahan
Ini adalahsatu pembaruan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyatjelata kerajaan Roma dan Persi yang memerintah dunia barat dan timur ketikaitu. Khalifah telah mematuhi manifesto politiknya. Khalifah hidup seperti rakyatbiasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahwa padasatu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah Allah ! dengansegera menjawab perkataan orang itu dengan katanya: "Sayabukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!

Adalahdiriwayatkan bahawa pada keesokan harinya yaitu sehari setelah terpilihsebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar R.A. kelihatan membawa barangperniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati khalifah,di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati khalifah serayaberkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga ! LaluAbu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana akumembelanjai rumah tanggaku ? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina AbuBakar R.A. sebab walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum adalagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gajidari harta kerajaan.

Keadaan inimendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangansecukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal.Kemudian itu barulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha perniagaannyakarena hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam danmenjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. 

Semasa bertugas sebagaiKhalifah ummat Islam beliau hanya menerima peruntukan sebanyak enam ribudirham saja setahun yaitu kira-kira lebih kurang 1,200 dolar saja setahun.Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelumwafatnya baginda telah memerntahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembalikepada Baitul Mal.

KebijaksanaanAbu Bakar R.A. juga ternyata dalam posisinya menyamakan pemberian kepadaorang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbedaanyang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebihistimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri hanyamengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.

Wasiat
Sebelum baginda wafat, kepada SaiyidinaUmar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnyananti bila baginda pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segeramengirim bala tentera ke Iraquntuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A.tidak lupa mengingatkan Saiyidina Umar R.A. apa yang dikerjakannya di waktuRasulullah wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepadajenazah baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipanbiarpun yang demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lainkata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:

"Dengarlah hai Umar! Apa yangakan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadratAllah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada esok hari engkauhendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknyasesuatu bencana bagaimana pun besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agamadan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkalaRasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belumpernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktuitu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh danmendapat siksaan Allah, dan pasti pula kotaMadinah ini telah jadi lautan api.

Dalam masa pemerintahannya yangsingkat Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa duatahun saja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemerintahan Islamyang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalamnegeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. 
Khalifah telah memenuhisegenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telahterbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.


Sungguh kehidupan Saiyidina AbuBakar Al-Siddiq adalah penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran sertakenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu bagindatelah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Baginda telahmembangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaumMuslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan baginda telahmengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagiandaripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq, lalu pulang kerahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun.Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Madinah.Semoga riwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat yang murni bagisekelian kaum Muslimin.

1 komentar:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    BalasHapus